Friday, April 2, 2010

Ajal Bila-Bila Masa

ingatlah kematian itu,
dari detik ke detik,
dan dari saat ke saat.

justeru itu Allah tidak janjikan kematian kita,
di waktu tua

begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita,
disebabkan sakit,
tidak sakitpun boleh mati juga

oleh itu jangan senang hati,
kematian pasti akan berlaku,
tunggulah kematian dari nafas ke nafas,
agar kita tidak angan-angan melalaikan

ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu,
kerana kematian kita tidak tahu

ingatlah mati di dalam sebarang hal,
agar kitta sentiasa gentar dengan tuhan

oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

hidup di dunia hanya sekali,
bila pergi takkan kembali,
tersilap di dunia,
padahnya terima di sana

mengapa kita belum pun menambah amalan,
sedangkan umur kita makin lama berkurangan,
apabila sudah sampai ke sempadan akan menyesal

oleh itu bersiap sedialah usahakan iman dan taqwa,
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

hidup di dunia hanya sekali,
bila pergi takkan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana

(sajaknasihatseoranggurusufi)

No comments:

Post a Comment